Thursday, June 30, 2011

Gol yang cantik daripada Safiq Rahim Dan Penuh Kejutan Oleh Aidil Zafuan

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang telah menewaskan pasukan Taipei 2-1
di perlawanan bola sepak sesi kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil
sebentar tadi..

Sangat suka sepakan Gol pertama Daripada Safiq Rahim...Cantikkk bangattt...
Meh Kita saksikan banyak kali jangan sekali je tau..memang tak puas tengok beribu-riban kali pun..



Gol kedua penuh kejutan daripada Aidil Zafuan...dalam diam-diam Aidil menanduk bola
masuk ke pintu gol..perhh..memang tak perasan beb tandukan dia..kena tengok ulang tayang
baru aku perasan..cool jer...


dan akibat kelalaian Pasukan Malaysia yang telampau eksaited....


Baru nak rasa eksaited Malaysia dapat kedudukan yang selesa 2-0..Gol Pertama Chinese Taipei oleh Chang Po Liang menyebabkan Malaysia kena berusaha keras di sesi perlawanan kedua yang akan
berlangsung di Taipei ahad ni...perbezaan 1 gol tidak begitu kukuh.

info : Malaysia menduduki ranking ke-138 dunia
        Taiwan berada pada ranking ke-147 dunia.

Melihat kepada ranking di atas, pasukan Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk menang,
tetapi "kejutan" ada di mana-mana..tak mustahil bagi pasukan Taipei jugak.

Apa pun, aku tetap setia menyokong pasukan Malaysia...semoga kemenangan tetap berpihak
kepada Malaysia di Perlawanan ke-2 di Taipei nanti..sama-sama kita doakan yang terbaik ok.

1 comment:

emmajean said...

Eh ko tengok ke malam td ??? hahahaha