Monday, June 13, 2011

Segalanya Tentang Gastrik...

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...



Tetiba aku terniat nak cari fakta mengenai gastrik..Semua tu bukan sebab tetiba..hehe..bila dah kena serang gastrik baru nak tahu kan semuanya tentang penyakit ni...Aku ni memang dah biase kena gastrik..

Sejak sekolah rendah lagi dah pandai kena gan si gas ni..ingat lagi macam mana balik je sekolah seronok main guling-guling..(tahan sakit) kononnya...

time balik dari kolej dulu..kat star LRT...siap mintak kat amoi sebelah minyak cap kapak lagi nak kapak je perot ni...tapi amoi xde lor...(nak beli xmampu...student la katakan..)  terpaksala tahan sampai rumah..

Dan Last week terpaksa MC..dah ready nak pergi kerja..dah sampai kat bus stop pun...aleh-aleh mik bas balik ke rumah singgah sebentar ke klinik dulu.....dan perjalanan ke klinik bukannya mudah..sungguh menyayat hati..kutekan-tekan perot dengan handbeg sambil menahan feeling ala2 kuch2 hota hai..sampai klinik doktor tak ada...mahu tunggu sejam..agak2la kan..dengan badan yang menggigil dan peluh membasahi diri..kugagahkan diri dengan terbongkok2 ala nenek tua..menuju ke klinik lain...

alhamdulillah...nasibku baik tak lama menunggu giliran.. Ms.doktor..menekan2 perot ku bagi mengenal pasti masalah...kesakitan xdapat kutahan lagi sehingga mencetuskan hiba di hati...lalu turun jua air jernih ke pipiku yang gebu.. 

(so..like childish la)....sampai kena perli gan ms.doktor..aauuuwww..malunyerrrrr.....ms.doktor give 2 option..nak inject or ubat...ofcozla..teettttttt..hehe...

sementara tunggu giliran amik ubat..my bos kol...

My bos : ida..where r u?tak kerja ke?..

>>lagi sekali aku hiba...tersedu2 nak jawab..tersekat2 suaraku...sambil2 menahan sakit.. kupandang sebelah kiri bagi mengelakkan orang ramai tahu aku sedang......tettttttt.......... berdouble triple menahan malu..huhu..Aish..macam mana boleh pulak berdrama hindustan gan bos pulak...huiss...so childish.... 

 Dan hari ni pun...si gas menyerang lagi...laju-laju balik rumah...terus makan dan telan ubat lebihan dulu..owhhhhh legaaaaa....


Fakta mengenai gastrik :-

Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut.
Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya.

Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas,
(ni susah sikit..aku memag suka pedas..susah nak ubah..) masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, nescafe dan coke/minuman bergas (betol aku setuju..). Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam berkilat (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.


Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Cara Hilangkan Sakit Gastrik Secara Tradisional

Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.

 **sekadar info..nak cuba silakan..aku pun takut nak cuba..(pahhittt tuuuuuuuuuu..)

Tip Sepanjang Bulan Puasa
(pose nak dekat...pose jangan xpose...xde lagi alasan ok..)
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

4 comments:

sue perbs.. said...

info yg bergune.. thanx for sharing..

ShidaHaron said...

anda terpilih. ehe. meh datang blog tengok. =D dalam entri kami kaki blogging.

armouris said...

lagi info tentang gastrik di SIHAT SELALU - Tanda dan Rawatan Gastrik

Afrida Abdullah said...

Sue : Ur welcome...:)

Shida : thanks for ur info...i dah join..hehe

Armouris : ok thanks..dah jenguk ur blog...