Sunday, June 19, 2011

Aku Rindu sangat-sangat dengan "Manja"

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


 Baka Si "Aminah"

Dari kecik aku suka bela kucing..mula-mula aku besarkan baka kucing
dari si "Aminah"..ke zuriatnya si "Mat" dan "Nico"
(amboi-amboi nak letak nama "orang" jugak..)


Lebih kurang cam gini rupanya :-


Yang ni induknya "Aminah"

paling nakal "Mat"

yang ni pulak "Nico"
 Zuriat si Aminah aku bela yang jantan sahaja 
sebab mak aku tak berapa suka aku bela kucing..
kan amik yang betina membiak-biak la banyak-banyak..
Jadi siapa yang susah."mak" jugak...kesian mak aku kan... 

Ingat lagi ketika mak aku buang si manja aku..
aku cari balik sampai dapat..
dapatlah jugak aku membesarkan Mat dan Nico..

Dan masih aku ingat lagi macam mana aku pertahankan
si Mat yang suka kencing merata dari dipukul oleh mak aku...
tapi aku tak salahkan mak..sebab Mat memang nakal... 

Mat dan Nico memang manja...suka main guling-guling..
suka tido di celah-celah kaki..
teman sewaktu aku bosan dan tengah sedih..
merekalah tempat aku meluahkan perasaan..

Tapi zuriat dari si "Aminah" riwayatnya  tak panjang..
satu-satu pergi meninggalkan aku...bila kenang balik memang sedih..
aku siap tanam lagi kat belakang rumah... uwawaaaaaa..!!!!!!!!!



Baka Si "Merry"


Wahhhh...yang kat atas tu induknya nama melayu..
yang ni pulak orang puteh..hehehe...import punya..
okla..selepas pemergian kaum kerabat si "Aminah"
Si Merry pulak masok dalam Family aku..

cite macam ni....

Family yang bela si Merry  ni pindah rumah..
tetapi si "Merry" ditinggalkan macam tu jer...cian kan?
memandangkan aku memang dah lame "usha" Merry ni..
dan aku pun memang dah lama berkenan..
aku pun bawak la ke dalam family aku...

Merry ni jinak dan cepat pick-up...baik punyaa..!!!!!!!!!
Boleh dikatakan Merry ni memang pandai..terbaikk..!!!!!11
memang terlatih...tak suka susahkan kami..
nak "membuang" pun tahu mana tempat yang "Sesuaii"..
dan paling penting tak cerewet bab makan..

Yang ni "Manis"...sesuai dengan rupanya..

Dalam banyak-banyak zuriat Merry, aku ingat Manis jer..
yang lain aku pun dh tak berapa nak ingat..
Manis ni betina...memang bijak macam induknya..
suka ikut aku pergi sekolah...jarak sekolah dari rumah dekat jer..
mula-mula aku takut gak kut-kut betol nak masok "Sekolah"
sayang betul kat tuannya..tapi si "bijak" ni teman aku separuh jalan jer..
bagusla..takut jugak kalau-kalau tersesat..

Tetapi yang paling aku rindu sangat-sangat ialah "Manja"


Dan...Siapa Manja..????????????????????


Manja
ini dia "Manja" Paling tak dapat aku lupakan..


Manja ni zuriat kepada Manis merangkap cucu kepada Merry..
aku sayang sangat-sangat kat Manja..si miaaww yang paling-paling comel..
memang  aku jaga sangat "Manja"..bagi makan pun "friskies"..
mandikan dia pun tak susah..memang rupanya dah
sebijik macam model "friskies: tu..bulu pun cantik..


selalu menemani tidurku...kadang-kadang tidur di celah kaki..
kadang-kadang tidur atas perutku..sebelah...macam-macam posisi la..cehh
kalau aku tak layan memang memberontak la gamaknya...
gigit-gigit manja kakiku..nama pun manja sesuaila gan empunya diri..

selalu gak ikut aku jalan kaki ke sekolah macam ibunya...Manis..
sampai makcik jual nasi lemak pun dah senyum-senyum kat aku..
manja-manja..hari-hari nak ikut..nasib tak sampai betul-betul kat sekolah..
balik sekolah pulak, kalau tak nampak kelibat "Manja"..pangil je nama..terus datang.
dan kaum kerabat "Merry" memang tak menyusahkan kami sekeluarga..

ingat lagi si "Manja' nak keluar rumah, tapi aku tak bagi..aku tutup pintu..
tapi "Manja" degil, nak jugak keluar..melihatkan mimik mukanya dah lain..
aku pun bagila Manja keluar..rupa-rupanya kawan-kawan nak tahu..???????
Manja nak "Melepassssssssssss..!!!!!!!!!!
dalam hati berkata..bagusla Manja ni tak macam Miaww sebelum  ni..
yang suka Melepasss merata-rata.....
(bertambah sayangla aku dan familyku kat Manja...)

Tetapi kegembiraan aku bersama si Manja tak lama....
sewaktu aku di tingkatan 3, kami sekeluarga pindaah rumah,
si Manja pun kami bawa bersama...
kisah bermula sewaktu sedang mengangkat barang-barang
ke rumah baru, kakakku yang "dukung" Manja telah meletakkan manja ke bawah....
dengan serta merta Manja lari lintang pukang,
mungkin tidak biasa dengan suasana baru...mungkin asing bagi dia..

aku bergaduh besar dengan kakakku..aku menyalahkan dia..
sebab kakak la aku kehilangan si "Manja"..
sebab kakak la aku demam rindu dengan si "Manja".,.
merata-rata aku mencari tetapi tidak juga ketemu..

sampai aku jatuh sakit demam..dalam keadaan aku
yang kurang sihat, aku tetap menjalankan operasi mencari..
melihatkan keadaan aku, seluruh family aku turut serta mencari..
tetapi hampa...oh "Manja" mana engkau menghilang?huhuu...
selepas dua minggu baru aku sembuh sepenuhnya...

akan tetapi hanya luaran sahaja, hatiku, tetap sakit..
sakit sangat-sangat rindukan si Manja...
Manala "Manja" pergi?..
sudah 10 tahun aku kehilangannya...
entah hidup entahkan mati..macam manala kehidupannya tanpa aku?..

Begitulah kesudahan aku dengan si "Manja"...
kisah 10 tahu dahulu...sejak kejadian itu,
aku tidak lagi membela si Miaww..
aku rindukan "Manja"...tetapi aku tetap sukakan kucing..
harap-harap suatu hari aku dapat membela kucing seperti Manja..

3 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

tiga hari lepas saya telah kematian Ujang... kucing kesayangan... kelmarin saya mimpikan yang saya kebumikan kucing tersebut...

;( rindu gile....

sue perbs.. said...

kucing name aminah?? haha.. sempi je name.. btw, suke kucing gak...

Afrida Abdullah said...

Khuzrin: sy fhm perasaan awk...sy pun sama..mmg ssh nk lupakan sesuatu yg kta syg..

sue : hahhaa...time budak2 dulu..main taruk jer...
yezzaaaa...kita sama2 peminat kucing..:)