Friday, May 20, 2011

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...



Apa khabar korang semua...sehat ke?hari ni aku nak share something kat korang semua..
sesuatu yang insyallah dapat mengisafkan kita semua..aku baca pun dah macam
nak menangis jer...terpana sejenak mengenangkan dosa-dosa lalu..

Aku copy note-note ini dekat Facebook Group Geng Surau Nur Islam ..kredit kepada
En.Ahmed Khaled..Marilah kita sama-sama menghayati setiap note di bawah ni..

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa;
6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati,
3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya
    sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu,
    yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata,
    Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh
    hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan
    waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang
    itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat
   dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "
   Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."

Renungan:

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-


Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

 
Zuhur:

Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:

Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak,
bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan
nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan,
tidur adalah berdosa kepada Allah.


***aku tak mahu hipokrit dan bukan nak buka pekung di dada..tapi aku mengaku
 aku agak lalai dan liat nak bangun pagi..sebab tu aku selalu tertinggal subuh..
selalu Qadha jer...mulai saat ini..aku nak berubah menjadi lebih baik lagi..insyallah..
lagi-lagi bila mengingati hal-hal berkaitan kematian..
entah bila ajal akan datang menjemput..huhuu..(sedih sekejap..)


Ok.Sekian..!!!

Monday, May 2, 2011

Makan-Makan bersama kengkawan dan.......

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...




Hi selamat malam semua..selamat hari pekerja...syoknya cuti..
tapi tak syoknya esok dah kena keje..huhu..macam tula hidup kena kita lalui..

Ok..lets go to D' Story..

semalam..borak-borak pasal makan dengan membe ..
tetiba aku teringin nak makan Golden Blue Chicken kat stik kapal..
ha..nak-nak dah nak dekat gaji ni..harap dapatla next weeks..
rasanya tiap-tiap bulan pun aku mengidam..tapi selalu kempunan jer...

mana taknye nak makan jer duit dah abis melabur kat KFC la, Mcd la, Pizza la..huhuu
harap-harap keinginan nak menikmati Golden Blue Chicken itu termakbul la..amin..
aku nak bagitahu la kat korang nape aku suka sangat makan Si Golden tu..sebabnya..
aku suka keju or Cheese kata orang putih kan....Golden blue chicken ni
macam chicken chop gak tapi dalam ada inti keju..memang sedappp...nyummy2..

kenangan last year makan-makan di steak kapal...
okey kita tinggalkan pasal Golden Chicken tu..hari ni aku nak promote sikit kat korang
tempat makan yang baru dan masakan dia memang perhh..sedap gua cakap lu...
sebeno-benonya aku baru je try makan kat Restoran Suasana Kg.Haji Abdullah Hukum
ni Semalam gan kengkawan ganie, ayu dan ema...memang tak menghampakan..

aku dan ema order nagi goreng kerabu, nasi goreng kampung..
ayu dan ganie order tomyam seafood, sup cendawan, kangkung goreng belacan...
minuman pulak aku order mango, ema tembikai laici..ganie sirap laici dan ayu milo ais..

1st time aku makan nasi gooreng kerabu dan memang tak mengecewakan..
sesuaila dengan taste aku..
tapi jus mangoo dia kureng sikit...aku suka jus tembikai laici cik ema tu..sodappp..
hehe..next time nak orderla jus tembikai laici..
tak puas sebab cik ema tu kedekutt..buwekkk..:)p

tak puas minum jus tembikai laici ..ema kedekuttt...

sup cendawan, tomyam seafood dan kangkung goreng belacan dia pun
memang sedap sangat.sangat..sampai habis kuah tomyam tu aku hirup...
aku pulak yang lebih-lebih..sory gani dan ayu...
memang syok sangat makan kat restoran ni..dengan decoration yang menarik mata..
menu yang sodap.tambah-tambah semalam hujan lebat mengiringi kami makan..
memang nikmat sangat..:)

tengok tu muka pas kekenyangan..semua makanan dan minuman

 licin..



Di tambah pulak decoration dan lighting yang menarik...menambahkan lagi selera makan...
tempatnya selesa dan menenangkan jiwa..menyejukkan mata yang memandang..
bolehla berpoto-suttt bagi yang kaki bergambo macam kami ni ha tengok ni...


alalala..comey-comey ayu ni kan....encem la pak pacak tu..

nak juga menyemak tu...cantik kan lighting tu..
ni lagi sorang..menyemak jer...nak fokus belakang dia sebenonya..

Tengok ni..

mirror dia tu cantik..suke..suke..

port buat air di atas air..siap ada lampu kat dalam air tu
bagi korang yang suka jalan-jalan cari makan aku rekomen-kan kat korang restoran ni..
lokasinya terletak di kg.haji abdullah hukum bangsar..sebelah apartment putra ria..
jom serbu reramai ya...


lepas puas menikmati juadah dan pulang dengan senyuman yang sampai ke telinga...
kami singgah sekejap jenguk si kecil dan comey Haris..dah beso dah dia..

tak sampai hati nak kejut..leno bebeno..
dah puas aku layankan korang dengan gambo-gambo yang menarik..
kali ni aku nak bagi korang gosok mata sikit...

jeng..jeng..jeng..










...
















sabonya..

















...











scroll down lagi..
















awat lama sangat nii..
scroll down  lagi









.....
























hahahaha...nah ni dia...macam monyet dah...



wakakaka...sorry la ye korang terpaksa layan gambo tak senonoh aku tu....
minta maaf bebanyakkk....


P/S : sorryla tak ado gambo-gambo juadah..sedap sangat makan 
        sampai tak ingat nak amek gambo..(sodap punya pasal..)
        
Okey sampai di sini dulu..bubbye.............