Thursday, June 30, 2011

Gol yang cantik daripada Safiq Rahim Dan Penuh Kejutan Oleh Aidil Zafuan

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang telah menewaskan pasukan Taipei 2-1
di perlawanan bola sepak sesi kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil
sebentar tadi..

Sangat suka sepakan Gol pertama Daripada Safiq Rahim...Cantikkk bangattt...
Meh Kita saksikan banyak kali jangan sekali je tau..memang tak puas tengok beribu-riban kali pun..



Gol kedua penuh kejutan daripada Aidil Zafuan...dalam diam-diam Aidil menanduk bola
masuk ke pintu gol..perhh..memang tak perasan beb tandukan dia..kena tengok ulang tayang
baru aku perasan..cool jer...


dan akibat kelalaian Pasukan Malaysia yang telampau eksaited....


Baru nak rasa eksaited Malaysia dapat kedudukan yang selesa 2-0..Gol Pertama Chinese Taipei oleh Chang Po Liang menyebabkan Malaysia kena berusaha keras di sesi perlawanan kedua yang akan
berlangsung di Taipei ahad ni...perbezaan 1 gol tidak begitu kukuh.

info : Malaysia menduduki ranking ke-138 dunia
        Taiwan berada pada ranking ke-147 dunia.

Melihat kepada ranking di atas, pasukan Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk menang,
tetapi "kejutan" ada di mana-mana..tak mustahil bagi pasukan Taipei jugak.

Apa pun, aku tetap setia menyokong pasukan Malaysia...semoga kemenangan tetap berpihak
kepada Malaysia di Perlawanan ke-2 di Taipei nanti..sama-sama kita doakan yang terbaik ok.

Tuesday, June 28, 2011

AKU DAH BOSAN

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

"Aku dah bosan"...antara istilah yang kita selalu guna pakai bagi menunjukkan
kita sudah jemu melakukan atau menghadapi perkara yang sama berulang kali..

ia boleh dikatakan satu penyakit yang sering melanda kita semua..Ianya menyerang tak 
mengira usia...bagi pendapat aku, Ia boleh diubati dengan menghentikan seketika sesuatu
perkara atau "benda" yang membosankan kita itu...

Ataupun melakukan "Benda" yang kita sudah bosan itu dengan jarang..
Ini untuk mengembalikan kerinduan kita terhadapnya..tak pun memang korang dah bosan
tahap gila meroyan, korang boleh cari sesuatu yang lain dan something new yang 
boleh menghiburkan anda..
faktanya : manusia sukakan sesuatu yang baru, fresh..dan menarik.

Dan kenapa aku tetiba bangkitkan tentang isu  ni..????????
tak lain tak bukan.."AKU DAH BOSAN"..
jangan tanya kenapa..?mengapa?dan bagaimana?hakikatnya aku memang dah bosan..
penyakit ni melanda aku...aku dah bosan??bosan"bosan..!!!!!!!

 
 


Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Assalamualaikum...


Macam best pulak segmen Abang Ben kali ni..nak join-nak join  jugak la..hehhee...
walaupun segmen yang ternyata kejam...hahaha...aku suka kejam-kejam ni..wakakaka...(gelak nakal..)

http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-teringin-nak-hack-blog-orang.html

okla..Blog yang aku teringin nak hack ialah Blog Cik Epal yang gojezzzzz tu...i like...!!!!!!!!
suka-suka sangat blog dia sebab ayat-ayat manis dia buat hati tertawan..hari-hari pun mahu
terjah blog dia...menghiburkan sungguh dikalaku kebosanan..ceewahhhhhhhhhhhhh...

ok bubbye...

Budaya Mem...Follow Dan Ter..follow....

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...



Hai Kawan-kawan...Seperti tajuk di atas..aku nak tanyala..korang suka tak kalau
orang follow blog korang?..kalau tanya aku..memang aku suka..sape tak suka kan..
nak-nak kalau dorang komen sekali...seperti karya kita dihargai..orang suka apa yang kita tulis..

Macam aku...budaya Ter..Follow ibarat terpaksa follow sebab orang suruh ..aku tak gemar sama sekali..aku cuma akan follow kalau aku rasa nak follow....tak ada paksaan di sini..
dan aku ikhlas mem..follow blog-blog yang aku follow...

Akhir sekali terima kasih kepada yang ikhlas mem..follow blog aku...
Tujuan utama aku berblog bukan nak glamour tetapi cuma nak share something...
dan blog inilah  platform aku untuk meluahkan dan bercerita kepada orang diluar sana..
Blog ni juga adalah Teman di kala sunyi.....


P/s : Kalau korang rase nak komen negatif...aku tak kisah...melalui komen-komen negatif
        kita dapat tahu kelemahan kita...so aku mengalu-alukan pandangan korang semua...
 

ok..thanks.



Sunday, June 19, 2011

Aku Rindu sangat-sangat dengan "Manja"

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


 Baka Si "Aminah"

Dari kecik aku suka bela kucing..mula-mula aku besarkan baka kucing
dari si "Aminah"..ke zuriatnya si "Mat" dan "Nico"
(amboi-amboi nak letak nama "orang" jugak..)


Lebih kurang cam gini rupanya :-


Yang ni induknya "Aminah"

paling nakal "Mat"

yang ni pulak "Nico"
 Zuriat si Aminah aku bela yang jantan sahaja 
sebab mak aku tak berapa suka aku bela kucing..
kan amik yang betina membiak-biak la banyak-banyak..
Jadi siapa yang susah."mak" jugak...kesian mak aku kan... 

Ingat lagi ketika mak aku buang si manja aku..
aku cari balik sampai dapat..
dapatlah jugak aku membesarkan Mat dan Nico..

Dan masih aku ingat lagi macam mana aku pertahankan
si Mat yang suka kencing merata dari dipukul oleh mak aku...
tapi aku tak salahkan mak..sebab Mat memang nakal... 

Mat dan Nico memang manja...suka main guling-guling..
suka tido di celah-celah kaki..
teman sewaktu aku bosan dan tengah sedih..
merekalah tempat aku meluahkan perasaan..

Tapi zuriat dari si "Aminah" riwayatnya  tak panjang..
satu-satu pergi meninggalkan aku...bila kenang balik memang sedih..
aku siap tanam lagi kat belakang rumah... uwawaaaaaa..!!!!!!!!!



Baka Si "Merry"


Wahhhh...yang kat atas tu induknya nama melayu..
yang ni pulak orang puteh..hehehe...import punya..
okla..selepas pemergian kaum kerabat si "Aminah"
Si Merry pulak masok dalam Family aku..

cite macam ni....

Family yang bela si Merry  ni pindah rumah..
tetapi si "Merry" ditinggalkan macam tu jer...cian kan?
memandangkan aku memang dah lame "usha" Merry ni..
dan aku pun memang dah lama berkenan..
aku pun bawak la ke dalam family aku...

Merry ni jinak dan cepat pick-up...baik punyaa..!!!!!!!!!
Boleh dikatakan Merry ni memang pandai..terbaikk..!!!!!11
memang terlatih...tak suka susahkan kami..
nak "membuang" pun tahu mana tempat yang "Sesuaii"..
dan paling penting tak cerewet bab makan..

Yang ni "Manis"...sesuai dengan rupanya..

Dalam banyak-banyak zuriat Merry, aku ingat Manis jer..
yang lain aku pun dh tak berapa nak ingat..
Manis ni betina...memang bijak macam induknya..
suka ikut aku pergi sekolah...jarak sekolah dari rumah dekat jer..
mula-mula aku takut gak kut-kut betol nak masok "Sekolah"
sayang betul kat tuannya..tapi si "bijak" ni teman aku separuh jalan jer..
bagusla..takut jugak kalau-kalau tersesat..

Tetapi yang paling aku rindu sangat-sangat ialah "Manja"


Dan...Siapa Manja..????????????????????


Manja
ini dia "Manja" Paling tak dapat aku lupakan..


Manja ni zuriat kepada Manis merangkap cucu kepada Merry..
aku sayang sangat-sangat kat Manja..si miaaww yang paling-paling comel..
memang  aku jaga sangat "Manja"..bagi makan pun "friskies"..
mandikan dia pun tak susah..memang rupanya dah
sebijik macam model "friskies: tu..bulu pun cantik..


selalu menemani tidurku...kadang-kadang tidur di celah kaki..
kadang-kadang tidur atas perutku..sebelah...macam-macam posisi la..cehh
kalau aku tak layan memang memberontak la gamaknya...
gigit-gigit manja kakiku..nama pun manja sesuaila gan empunya diri..

selalu gak ikut aku jalan kaki ke sekolah macam ibunya...Manis..
sampai makcik jual nasi lemak pun dah senyum-senyum kat aku..
manja-manja..hari-hari nak ikut..nasib tak sampai betul-betul kat sekolah..
balik sekolah pulak, kalau tak nampak kelibat "Manja"..pangil je nama..terus datang.
dan kaum kerabat "Merry" memang tak menyusahkan kami sekeluarga..

ingat lagi si "Manja' nak keluar rumah, tapi aku tak bagi..aku tutup pintu..
tapi "Manja" degil, nak jugak keluar..melihatkan mimik mukanya dah lain..
aku pun bagila Manja keluar..rupa-rupanya kawan-kawan nak tahu..???????
Manja nak "Melepassssssssssss..!!!!!!!!!!
dalam hati berkata..bagusla Manja ni tak macam Miaww sebelum  ni..
yang suka Melepasss merata-rata.....
(bertambah sayangla aku dan familyku kat Manja...)

Tetapi kegembiraan aku bersama si Manja tak lama....
sewaktu aku di tingkatan 3, kami sekeluarga pindaah rumah,
si Manja pun kami bawa bersama...
kisah bermula sewaktu sedang mengangkat barang-barang
ke rumah baru, kakakku yang "dukung" Manja telah meletakkan manja ke bawah....
dengan serta merta Manja lari lintang pukang,
mungkin tidak biasa dengan suasana baru...mungkin asing bagi dia..

aku bergaduh besar dengan kakakku..aku menyalahkan dia..
sebab kakak la aku kehilangan si "Manja"..
sebab kakak la aku demam rindu dengan si "Manja".,.
merata-rata aku mencari tetapi tidak juga ketemu..

sampai aku jatuh sakit demam..dalam keadaan aku
yang kurang sihat, aku tetap menjalankan operasi mencari..
melihatkan keadaan aku, seluruh family aku turut serta mencari..
tetapi hampa...oh "Manja" mana engkau menghilang?huhuu...
selepas dua minggu baru aku sembuh sepenuhnya...

akan tetapi hanya luaran sahaja, hatiku, tetap sakit..
sakit sangat-sangat rindukan si Manja...
Manala "Manja" pergi?..
sudah 10 tahun aku kehilangannya...
entah hidup entahkan mati..macam manala kehidupannya tanpa aku?..

Begitulah kesudahan aku dengan si "Manja"...
kisah 10 tahu dahulu...sejak kejadian itu,
aku tidak lagi membela si Miaww..
aku rindukan "Manja"...tetapi aku tetap sukakan kucing..
harap-harap suatu hari aku dapat membela kucing seperti Manja..